fbpx

Terima kasih Daiyan, okey boleh unblock – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAIYAN Trisha mendapat pujian melambung peminat kerana membatalkan kontrak dengan beberapa jenama pro-Zionis.

PETALING JAYA – Selepas membatalkan kontrak dengan beberapa jenama produk pro-Israel, pelakon popular Daiyan Trisha dipuji melambung netizen bahkan dianggap selebriti pertama sanggup mengambil tindakan seberani itu.

Tindakan pemilik nama lengkap Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 31, sekali gus mengembalikan kasih sayang peminat untuk membuat pusingan -U kembali mengikuti  laman Instagramnya selain mendoakan supaya diberikan rezeki lebih baik atas kebaikannya.

“Objektif Blockout tercapai! Okey boleh unblock (nyahsekat) dan follow (ikuti) Daiyan kembali,” kata peminat.

“Tidak semua artis boleh lakukan apa yang Daiyan lakukan. ‘Better than never’ (lebih baik terlambat dari tidak lakukan). Semoga Allah kurniakan rezeki seluas lautan,” ujar netizen.

“Terima kasih Daiyan kerana sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan,” jelas pengikut.

Isnin lalu, Daiyan tampil membersihkan nama selepas didakwa masih menjalinkan kerjasama dengan beberapa jenama pro-Israel.

Namun, pelantun lagu Penat itu memaklumkan bahawa dia tidak pernah melupakan nasib menimpan saudara Islam di Palestin dan mempunyai cara tersendiri untuk membantu mereka.

Sebelum ini, gerakan Blockout 2024 tercetus dalam media sosial bagi memboikot selebriti dunia yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Gerakan itu dibuat sebagai meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir selebriti yang tanpa rasa bersalah mempromosikan produk berkaitan atau menyokong Israel dalam media sosial milik mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI