KALAU sudah namanya Dolla, berilah apa sahaja jenis lagu, pasti akan memukau setiap mata memandang.
Terbaharu, kumpulan yang kini tinggal bertiga, Sabronzo, Tabby dan Angel itu sekali lagi menuai perhatian ramai dengan tarian penuh bertenaga menerusi lagu My House milik Beyonce.
Lincahnya memang ‘gila’ malah setiap gerakan dilakukan dengan sangat kemas.
Seperti biasa, netizen meninggalkan ribuan komen pujian malah menyifatkan Dolla mampu melakar nama hebat di persada seni antarabangsa.
“Macam tu sahaja Dolla ‘makan’ lagu ini. Power!
“Siapa kata tinggal bertiga akan jejaskan kehebatan mereka? Makin gempak pula ya,” komen netizen.
Nampaknya tanpa Syasya, Dolla tak patah kaki, baguslah begitu.