fbpx

Serangan balai polis: 7 diberkas termasuk bapa suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN forensik melakukan siasatan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru yang diserang anggota Jemaah Islamiah awal pagi hari ini.

JOHOR BAHRU – Polis menahan seramai tujuh individu yang disyaki terlibat dalam serangan berdarah ke atas Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang ditahan itu adalah seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 22 serta 21 tahun yang membuat laporan polis semasa kejadian pada pukul 2.30 pagi.

“Susulan kejadian itu, polis telah melakukan serbuan ke atas rumah suspek kira-kira pukul 6 pagi yang terletak di sekitar Ulu Tiram sebaik sahaja kejadian berlaku.

“Lima ahli keluarga yang berusia 19 dan 62 tahun diberkas bagi membantu siasatan berhubung kejadian ini.

“Polis turut menggeledah rumah suspek dan polis menjumpai pelbagai risalah berkaitan dengan kumpulan Jemaah Islamiah (JI),” katanya pada sidang akhbar selepas melawat lokasi kejadian di Balai Polis Ulu Tiram, di sini hari ini.

Razarudin berkata, siasatan awal mendapati suspek yang berusia 21 tahun yang ditembak mati disyaki telah melakukan persediaan rapi untuk melakukan serangan itu.

Katanya, ketika kejadian suspek yang menaiki motosikal dan membawa sebuah yang beg yang diubah suai sebagai perisai dengan meletakkan zink, kertas dan baju di dalamnya.

“Polis percaya suspek utama dipercayai ahli JI memandangkan bapa suspek yang berusia 62 tahun merupakan ahli kumpulan terbabit,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI