fbpx

Suspek ugut ibu bapa Naim Daniel diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naim Daniel

SEREMBAN – Suspek yang dipercayai menghantar komen berbaur ugutan bunuh di media sosial terhadap ibu bapa kepada penyanyi dan pelakon, Naim Daniel kini sedang dikesan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin membuat laporan polis di balai di bawah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang pada 14 Mei lalu.

“Laporan polis dibuat mengenai satu hantaran di aplikasi Instagram yang dibuat pemilik akaun @syxmzxk yang menulis ‘ini kalau jumpa mak pak hang (kau), aku sembelih hidup-hidup.’

“Bagaimanapun ia dipercayai berlaku di kediaman pelakon itu di Lenggeng, jadi ia kini disiasat di bawah IPD Nilai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya telah meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengesan pemilik akaun Instagram terbabit dan Naim Daniel sudah dipanggil untuk diambil keterangan.

Sebelum ini media melaporkan, Naim Daniel membuat laporan polis terhadap pengguna akaun media sosial yang menulis komen berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapanya di Balai Polis Semenyih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI