fbpx

[VIDEO] Balai Polis Ulu Tiram diserang, dua anggota maut, satu parah ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inilah Balai Polis Ulu Tiram yang diserang seorang lelaki, awal pagi tadi.

JOHOR BAHRU – Dua anggota polis maut, manakala seorang lagi parah selepas ditembak dan ditetak seorang seorang yang bertindak menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram di sini, awal pagi tadi.

Lelaki yang menyerang balai tersebut turut mati ditembak dalam kejadian kejadian berdarah tersebut.

Sumber berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 2 pagi tadi.

Suspek iaitu lelaki yang memakai topeng dan berpakaian gelap menyerang balai polis tersebut dengan menggunakan senjata parang.

Suspek bertindak mencederakan dua anggota polis yang sedang bertugas, sebelum merampas dua laras senjata api dan melepaskan dua das tembakan.

Tembakan itu mengenai salah seorang anggota polis menyebabkan anggota keselamatan itu mengalami kecederaan pada bahu serta perut.

Mangsa yang ditembak dikenal pasti sebagai Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, manakala anggota yang ditetak pula ialah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar.

Berita lanjut menyusul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI