fbpx

Sampel ketujuh kupang masih berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PORT DICKSON -Hasil analisis makmal terhadap sampel ketujuh kupang di perairan ini masih didapati melebihi had pengambilan selamat untuk manusia iaitu 800 bahagian per bilion (ppb).

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia, Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, bagaimanapun keputusan itu menunjukkan bacaan semakin positif apabila mencatatkan nilai sekitar 935 ppb.

Menurutnya, berbanding dengan sampel pertama, nilai ppb yang dicatatkan melebihi 14,000 ppb disebabkan pencemaran yang dipengaruhi oleh faktor cuaca panas.

“Sampel terbaharu yang kami ambil akan diketahui keputusannya pada 18 Mei ini,.

“Jika sampel itu menunjukkan indikator turun bawah 800, kita akan buka (kebenaran pengambilan kupang) pada awal atau pertengahan bulan hadapan,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Penternak Kupang Yang Terjejas Akibat Pencemaran Di Perairan Port Dickson di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI