NEW DELHI – Seorang pemuda berusia 25 tahun dipukul dan kepalanya dicukur selepas seorang lelaki menuduh dia mempunyai hubungan sulit dengan isteri lelaki berkenaan, lapor portal berita Hindustan Times hari ini.
Menurut laporan, mangsa berasal dari kampung yang sama dengan wanita itu di daerah Firozabad Agra.
Dalam kejadian baru-baru ini, tujuh lelaki bertindak membelasah pemuda berkenaan.
Menurut akhbar Times of India, video insiden itu menjadi tular di media sosial.
Dalam video itu, beberapa lelaki dilihat mencukur kepala mangsa secara paksa.
Rakaman tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial.
Pegawai polis tempatan, Anivesh Kumar memberitahu bahawa perbuatan tersebut boleh diklasifikasikan sebagai ‘serangan dan layanan tidak berperikemanusiaan terhadap mangsa’.
Menurutnya, polis telah membuka kertas siasatan kes tersebut. – AGENSI