fbpx

Pendapat ayah saya tidak mencerminkan pendirian saya – Leona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Leona (kiri) dan Azhar

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona menegaskan pendapat bapanya, Azhar Sulaiman tidak mencerminkan pendiriannya dalam isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Palestin.

Leona dalam hantaran di aplikasi X berkata, sebagai seseorang yang pernah melawat Palestin dia amat menyedari kekejaman yang dilakukan oleh Israel.

“Sebagai seseorang yang telah melawat Palestin dan melihat keadaan di sana dengan mata kepala saya sendiri (walaupun dalam suasana yang sangat dilindungi dan diatur), saya amat menyedari kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan mengakui bahawa pembunuhan beramai-ramai ini bermula jauh sebelum 7 Oktober.

“Saya tidak bersependapat dengan bapa saya dalam banyak perkara dan gagal memahami cara dia berfikir,” katanya.

Justeru, Leona meminta agar orang ramai tidak menyamakan dirinya dan bapanya mempunyai pendapat yang sama hanya kerana mempunyai pertalian darah.

Terdahulu, Azhar menerima kecaman hebat apabila berpendapat bahawa selebriti tanah air yang lantang bersuara mengenai isu boikot sewajarnya berpindah ke Gaza dan membantu mereka yang sedang berperang di sana.

Azhar turut berkata, mereka yang lantang bersuara dalam isu itu juga tidak perlu melakukan gerakan boikot sekiranya masih berada di Malaysia dan hidup dalam keadaan gembira. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI