fbpx

Manisan eksklusif ubi telampong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainal Abidin menunjukkan ubi telampong yang siap dimasak ketika ditemui di Kampung Tok Kesop, Jitra semalam.

JITRA – Proses membuat ubi telampong yang terlalu rumit menjadikannya semakin ­eksklusif apabila ia semakin sukar untuk ditemui dan hanya boleh didapati di Kampung Tok Kesop di sini.

Zainal Abidin Daud, 64, berkata, manisan itu memerlukan kesabaran yang tinggi untuk membuatnya kerana ubi perlu direbus selama lapan jam de­ngan air tebu bagi menghasilkan santapan enak dimakan bersama lempeng, roti atau pulut.

Katanya, makanan itu sukar ditemui walaupun ia berasal dari daerah ini kerana cara pembuatannya sangat remeh.

“Ubi kayu perlu dimasak dengan air tebu di dalam raga yang diperbuat daripada daun bemban seawal pukul 8 pagi. Raga dibeli di Napoh, dekat sini.

“Raga pun susah hendak jumpa kerana daun bemban makin pupus. Ubi perlu letak dalam raga supaya tidak melekat pada kawah dan api dijaga selama lapan jam supaya sarang tidak pecah.

“Tidak semua orang boleh buat kerana perlu sabar,” katanya.

Menurut Zainal, dia membuat ubi telampong tiga kali seminggu sejak 18 tahun lalu bergantung kepada permintaan.

Tambahnya, ubi telampong miliknya tulen kerana tidak dicampur dengan gula. Ubi te­lampong dijual RM10 untuk 250 gram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI