fbpx

MotoGP: Marquez mula nyatakan keinginan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ mengakui mahu mendapatkan posisi dalam pasukan utama yang mampu membantunya memburu kejuaraan dunia. - AFP

LE MANS – Juara dunia enam kali, Marc Marquez memberi bayangan tidak akan kekal lama bersama pasukan satelit, Gresini Racing kerana mahu mencari pasukan utama yang boleh menjamin prestasi yang lebih ampuh pada masa depan.

Kata Marquez, kemungkinan untuk ‘tukar angin’ pada musim depan bergantung pada prestasi yang bakal diharungi sepanjang baki saingan MotoGP musim ini.

“Ketika saya memilih untuk sertai Ducati (Gresini) sebelum ini, saya percaya mereka mampu bekalkan jentera yang terbaik berdasarkan prestasi beberapa musim lepas dan kini saya sudah melihat sendiri gerak kerja mereka.

“Namun, saya seorang pelumba yang sangat kompetitif dan kalau boleh saya mahu diberikan jentera yang mampu mencabar kejuaraan dunia dan tidak lagi sekadar bersaing merebut tempat di podium.

“Secara peribadi, saya tidak kisah mengenai jenama atau warna pasukan tersebut, asalkan mereka mampu menawarkan pakej yang lengkap selain menjamin jentera yang pantas di atas di litar nanti,” katanya.

Difahamkan, Marquez sangat terdesak untuk menyertai pasukan kilang Ducati sekali gus menjadi gandingan juara dunia, Pecco Bagnaia pada musim depan.

Namun, Marquez bakal mendapat tentangan sengit daripada Enea Bastianini dan Jorge Martin yang turut memiliki hajat yang sama.

Selain itu, beberapa pasukan lain seperti KTM dan Aprilia turut berminat untuk tandatangan pelumba berusia 31 tahun itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI