fbpx

Ten Hag janji menang Piala FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG berjanji para pemain akan memberikan aksi terbaik untuk memenangi saingan Piala FA 25 Mei nanti. - AFP

KETIKA masa depannya di Old Trafford diselubungi dengan ketidaktentuan, Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag tampil berjanji untuk menyelamatkan musim yang dianggap paling buruk kelab itu dengan membawa pulang trofi Piala FA menjelang aksi final menentang Manchester City di Wembley 25 Mei ini.

Dalam ucapannya kepada peminat selepas aksi terakhir di Old Trafford musim ini ketika menewaskan Newcastle United 3-2 awal pagi semalam, pengendali dari Belanda itu menghargai sokongan diberikan oleh penyokong sambil mengakui United berdepan musim yang sukar, namun ia masih belum berakhir.

“Kami akan ke Brighton untuk mendapatkan tiga mata, kemudian ke Wembley. Saya berjanji para pemain akan memberikan segala-galanya untuk memenangi piala ini (Piala FA) dan membawanya pulang ke Old Trafford,” katanya.

United ketika ini menduduki tangga ke lapan dengan mengutip 57 mata sama dengan Newcastle dan kemenangan menentang Brighton sangat penting untuk mereka cuba mengubah kedudukan tersebut atau mencipta satu lagi rekod selepas penamat paling teruk pernah dicatatkan adalah kedudukan ketujuh pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika musim 2013/14 di bawah kendalian David Moyes.

Dalam pada itu, kejayaan Piala FA cukup signifikan buat Ten Hag selepas menjuarai Piala Liga Inggeris (EFL) musim lalu, malah gelaran tersebut juga mampu menjadi ‘tiket’ khas buat United ke saingan Liga Europa musim depan tanpa mengira kedudukan terakhir mereka dalam saingan EPL.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI