fbpx

Pusat rawatan Tabung Haji dapat pengiktirafan Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Hakimah Mohd Rahim (kanan) ketika merawat jemaah haji (berkerusi roda) Saadiah Abdullah.

MEKAH – Pusat rawatan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) di Madinah menerima pengiktirafan selepas berjaya menjadi pusat rawatan haji luar negara pertama mendapat kelulusan permit beroperasi (Tasrih).

Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman berkata, kelulusan permit tersebut dikeluarkan Kementerian Kesihatan Arab Saudi membolehkan pusat rawatan itu beroperasi sepenuhnya.

Katanya, kelulusan permit tersebut diberikan selepas pusat rawatan terbabit menjalani pemeriksaan ketat dan teliti oleh pihak Arab Saudi.

“Ada pelbagai aspek yang dilihat oleh pihak Kementerian Kesihatan Arab Saudi sebelum memberi kelulusan berkenaan antaranya keluasan ruang, laluan keluar masuk wad, peralatan kepakaran selain nisbah doktor pakar dalam pusat rawatan.

“Prosedurnya ketat dan sangat teliti. Malah, ada masanya pihak Arab Saudi akan melakukan pemeriksaan mengejut untuk memastikan standard dan piawaian dipatuhi,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Tambah Syed Salleh, kelulusan tersebut sekaligus memberi pengiktirafan kepada petugas Kementerian Kesihatan dan Tabung Haji yang telah menunjukkan komitmen serta tahap profesionalisme tinggi.

“Ia juga mengiktiraf kualiti dan standard fasiliti serta perkhidmatan kesihatan bagi jemaah haji Malaysia,” jelasnya.

Setakat ini seramai lima pesakit telah menerima rawatan iaitu empat di Madinah dan seorang di Mekah.

Menurut Syed Salleh, pesakit tersebut dimasukkan ke hospital disebabkan kecederaan anggota badan selepas terjatuh selain akibat penyakit jantung serta terkena jangkitan kuman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI