fbpx

Masariah Mispari dinobat Tokoh Guru Kebangsaan 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASARIAH (kanan) yang dinobatkan sebagai Tokoh Guru Kebangsaan bersama Datuk Sulaiman Wak (kiri) yang dianugerahkan Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2024 di Kuantan hari ini.

KUANTAN – “Cikgu bukan cita-cita saya, tetapi akhirnya menjadi cinta saya,” kata penerima anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2024, Masariah Mispari, 61.

Masariah juga berkata, memegang jawatan sebagai seorang guru tidak harus dianggap sebagai satu bebanan.

Berpegang kepada prinsip bersih, cekap dan amanah, Masariah beranggapan anugerah yang diterimanya itu adalah kerana menganggap kerjaya itu sebagai ‘buah hati’ nya.

“Pada awalnya saya anggap kerjaya guru ini seperti satu perniagaan. Ketika itu saya bekerja kuat tetapi saya tidak terima apa-apa anugerah. Mungkin selepas saya jatuh cinta pada kerjaya ini, akhirnya banyak dapat anugerah sebagai cikgu,” katanya.

Sementara itu penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2024, Datuk Sulaiman Wak, 65, berkata, anugerah yang diterima adalah berkat daripada dorongan dan sokongan rakan seperjuangan.

“Ibarat seperti segenggam lidi sukar dipatahkan berbanding sebatang lidi, begitulah pentingnya sokongan dan dorongan serta kerjasama orang sekeliling kita dalam mencapai kejayaan.

“Kena bekerjasama dalam segala hal. Kita tidak akan betul-betul berjaya kalau kita bergerak seorang diri tetapi kalau bergerak beramai kita boleh meraih kejayaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI