fbpx

Wanita maut, SUV dipandu anak bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dua buah kenderaan yang bertembung dalam kemalangan di Kilometer 75, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Seorang wanita maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu anaknya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 75, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa, Maimunah Mohamed, 55, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dan suami menaiki SUV jenis Honda CR-V dipandu anak lelakinya yang berusia 22 tahun sedang dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, pemandu SUV itu dipercayai cuba mengelak sebuah kereta yang memotong dari arah bertentangan.

“SUV itu kemudiannya masuk bahagian bahu jalan dan cuba kembali ke laluan asal sebelum hilang kawalan. Keadaan itu menyebabkan SUV tersebut masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta jenis Volkswagen Golf,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Choon Foo memberitahu, Maimunah yang duduk di tempat duduk depan kenderaan itu meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suami dan anaknya mengalami kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI