fbpx

Langkah atasi kesesakan Tambak Johor dimuktamadkan bulan ini – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin menyampaikan sijil APC kepada Pembantu Pendaftaran KP19, Norazleen Seleman@Awang pada Majlis APC Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di JPN, Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengumumkan satu langkah penyelesaian bersepadu bagi mengatasi isu kesesakan di Tambak Johor dan dijangka dimuktamadkan bulan ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya berpandangan, sistem pemeriksaan keluar masuk di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri tidak lagi sesuai bagi mengatasi isu kesesakan itu.

Beliau berkata, secara purata, pergerakan keluar masuk di Tambak Johor mencecah 350,000 pengunjung dalam masa sehari dan ia jumlah yang sangat besar.

“Kita mesti bertindak proaktif dengan cuba untuk meneroka dan menggunapakai pelbagai sistem lain termasuk sistem imbasan kod QR. Ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Sebarang keputusan akan dibuat di bawah tanggungjawab Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, buat masa ini, ada beberapa pilihan akan dipertimbangkan malah, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI