fbpx

Planet saiz Bumi miliki malam siang sepanjang masa ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ILUSTRASI planet SPECULOOS-3 b yang mengorbit bintang kerdil merah. - Foto NASA/JPL-Caltech

BRUSSELS  – Ahli-ahli astronomi menemui sebuah planet baharu menyamai saiz  Bumi pada jarak 55 tahun cahaya, demikian menurut jurnal saintifik, Nature Astronomy seperti laporan portal berita Wion News semalam. 

Planet dinamakan SPECULOOS-3 itu mengorbit sebuah bintang kerdil yang  sejuk. Planet itu juga mengambil masa cuma 17 jam untuk melengkapkan satu pusingan orbit.

Ini bermakna masa satu tahun di SPECULOOS -3  adalah lebih singkat berbanding sehari di Bumi.

Bintang kerdil itu pula dikatakan dua kali ganda lebih sejuk,10 kali lebih kecil dan 100 kali ganda kurang bersinar berbanding Matahari. 

Menurut ahli-ahli astronomi, waktu  siang dan malam di SPECULOOS-3 b adalah sepanjang masa.

Ahli astronomi dari Universiti Liege yang merangkap penulis utama kajian, Michael Gillon berkata: “Kami percaya bahawa SPECULOOS-3  berputar ‘berirama’ menyebabkan sebelah planet ini sentiasa menghadap bintangnya dan mengalami waktu siang sepanjang masa, manakala sebelah lagi sentiasa malam, sama  seperti Bulan ‘lakukan” pada  Bumi.

Bintang kerdil merah yang sangat sejuk itu menyumbang kira-kira 70 peratus daripada semua bintang dalam galaksi kita.

Bintang-bintang tersebut  mempunyai jangka hayat sekitar 100 bilion tahun.

Projek SPECULOOS  diketuai oleh Universiti Liege dengan kerjasama Universiti Birmingham dan Universiti Cambridge di Britain di samping Universiti Bern dan Institut Teknologi Massachusetts.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI