fbpx

Republik Kyrgyz minta Malaysia hantar penasihat bantu urus kewangan, ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) ketika mengadakan kunjungan hormat bersama Sadry.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Republic Kyrgyz, Sadry Zhaparov.

Anwar berkata, ruang itu digunakan bagi membincangkan isu dua hala, seratau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama kedua-dua negara termasuklah konflik Palestin dan Afghanistan.

“Peluang itu juga digunakan untuk menerokai bidang kerjasama berpotensi antaranya ekonomi, industri halal, pendidikan, pelancongan, budaya, kerjasama antara parlimen, ekonomi digital, tenaga, ketersambungan dan perlombongan.

“Republik Kyrgyz juga meminta Malaysia menghantar penasihat untuk membantu mereka mengenai pengalaman dalam menguruskan infrastruktur kewangan selain reformasi ekonomi,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Pada masa sama, pemimpin kedua-dua negara itu turut menandatangani Kenyataan Bersama yang antara lain berkaitan kerjasama pelaburan, ekonomi, perdagangan, sebelum menghadiri resepsi santai.

Terdahulu, Anwar diberi sambutan rasmi oleh kerajaan Republik Kyrgyz di Kediaman Negeri Ala Archa, sempena lawatan sulung selama dua hari ke negara itu.

Beliau juga diberi kesempatan memeriksa perbarisan kawalan kehormat seraya diiringi Sadyr Japarov selepas memberi penghormatan di tapak peringatan, Ata-Beyit Bishkek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI