fbpx

PrEP berjaya kekang AIDS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembentangan Cek oleh KKM kepada Yayasan AIDS Malaysia bagi Geran Program Pencegahan HIV/AIDS.

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan Program Pencegahan HIV Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) di seluruh klinik kesihatan di Malaysia.

Pengarah Kawalan Penyakit KKM, Dr. Anita Suleiman berkata, PrEP terbukti dapat mencegah penularan HIV/AIDS sehingga 99 peratus dan boleh dilaksanakan di klinik kesihatan.

“Program PrEP mendapat penilaian yang positif. Oleh itu, saya harap satu hari nanti, mereka yang mempunyai risiko HIV/AIDS boleh datang di mana-mana klinik kesihatan untuk mendapat rawatan,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri sempena hari memperingati AIDS sedunia di sini semalam.

Pada majlis itu, KKM menyerahkan sumbangan RM7 juta kepada Yayasan AIDS Malaysia Bagi Geran Program Pencegahan HIV 2024.

Berdasarkan kajian awal daripada program rintis yang diperkenalkan pada tahun 2023, lebih 3,000 individu telah menerima PrEP dalam tempoh setahun.

Sementara itu, Dr. Anita berkata, program PrEP ini berbeza daripada barat kerana sesi kaunseling turut diberikan kepada individu selain ubat untuk menjauhkan diri daripada terjebak dengan HIV.

“Di Malaysia, kita melaksanakan kaunseling pengurangan risiko untuk memberi pendidikan yang betul kepada orang yang dijangkiti AIDS dengan memberikan pendedahan berpantang, setia, kondom dan keputusan untuk mencegah HIV,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI