fbpx

Gelombang haba kembali landa Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lapan daerah di Pantai Timur termasuk Gua Musang dijangka menerima gelombang haba dengan suhu maksimum harian mencecah 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut- turut sehingga Sabtu ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, empat jajahan di Kelantan termasuk Jeli, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Pasir Mas pula, dijangka menerima cuaca panas dengan suhu mencecah 37 darjah Celsius.

“Di Pahang pula, cuaca panas tahap satu dengan suhu diantara 35 hingga 37 darjah Celsius turut berlaku di Raub, Temerloh dan Bera, serta dijangka berlarutan sehingga tiga hari berturut-turut.

“Selain itu, di bahagian Malaysia Timur pula, cuaca panas dengan suhu maksimum harian mencecah 37 darjah Celsius turut dikesan di Kinabatangan, Sabah dan Mukah, Sarawak serta dijangka berpanjangan sehingga Sabtu ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, selepas beberapa kawasan sering dilanda hujan sejak akhir-akhir ini, negara akan mengalami taburan hujan yang sedikit dan berjerebu kerana fasa permulaan Monsun Barat Daya bermula 17 Mei ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, negara akan memasuki fasa permulaan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula pada 17 Mei 2024 sehingga September 2024.

Menurutnya, semasa fasa permulaan monsun, negara akan menerima tiupan angin secara konsisten dari arah barat daya dan menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan.

“Kurangnya pembentukan awan mampu membawa kepada taburan hujan yang lebih rendah dan kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding bilangan hari hujan.

“Kejadian ini boleh berlaku pada awal pagi di beberapa kawasan seperti di pantai barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI