fbpx

Amaran Mike Tyson buat Jake Paul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TYSON (kiri) kembali ke aksi kompetitif di gelanggang tinju selepas kali terakhir melakukannya pada 2005 untuk menentang Paul pada 20 Julai nanti. - AFP

LONDON – Bekas juara heavyweight, Mike Tyson yang sedang bersiap sedia untuk pertarungan profesional pertamanya sejak 2005 memberi amaran kepada lawannya, Jake Paul keras menjelang pertarungan mereka pada 20 Julai nanti.

Tyson yang berusia 57 tahun mengakui pempengaruh sosial media tersebut perlu mempertaruhkan nyawanya ketika dia masih lagi mahu membuktikan kepada dunia mengenai kehebatannya di gelanggang tinju.

“Saya sangat suka Jake, tetapi apabila dia berada di dalam gelanggang, nyawanya bergantung kepada aksinya sendiri dalam pertarungan itu nanti. Dalam tinju ia sememangnya begitu,” katanya.

Pertarungan heavyweight di laman NFL Dallas Cowboys di Arlington, Texas akan berlangsung sebanyak lapan pusingan dan setiap pusingan bakal berlangsung selama dua minit dan kedua-dua mereka bakal menggunakan sarung tangan seberat 400 gram.

Dalam pada itu, Tyson juga pernah meminta pusingan yang lebih pendek kerana merasakan ia akan membawa kepada aksi yang lebih hebat dan pertarungan yang lebih menghiburkan ketika membidas kritikan bahawa beliau melakukan kesilapan besar dengan kembali ke dunia tinju.

“Orang yang berkata begitu sebenarnya berharap mereka berada di sini kerana tiada siapa yang boleh melakukannya. Siapa lagi yang boleh melakukan ini? Siapa lagi yang boleh menghentikan dunia sukan? Tiada siapa yang boleh melakukannya.

Paul merupakan seorang YouTuber berusia 27 tahun yang kini bergelar peninju telah memenangi sembilan daripada 10 pertarungan tinjunya dengan enam knockouts dan satu-satunya kekalahan dalam karier tinjunya apabila tewas kepada Tommy Fury pada Februari 2023. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI