fbpx

KKM keluar 2,642 kompaun denggi sepanjang April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 2,642 tawaran kompuan bernilai kira-kira RM1.3 juta bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit denggi pada April.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, purata kompaun bernilai RM500 itu dikeluarkan melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit denggi.

“Sejumlah 437 kes didaftar untuk
tindakan mahkamah dan sebanyak 64 kes disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda sekitar RM140,700.

“Melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pula, daripada 17,719 premis dilawati, sejumlah 7,195 notis kesalahan dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, sejumlah 4,133 kompaun telah ditawarkan dengan nilai tawaran berjumlah melebihi RM1 juta.

“Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Makanan 1983 pula, sebanyak 6,818 premis makanan telah diperiksa.

“Jumlah premis makanan yang diberi perintah penutupan sementara di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 adalah 154 premis iaitu 2.25 peratus daripada keseluruhan premis makanan diperiksa,” ujarnya.

Katanya, tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh KKM juga sebagai suatu langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI