fbpx

Tawaf terbatal jika niat berubah kerana TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MEKAH – Penggunaan media sosial yang semakin meluas terutama menerusi platform Tik Tok menjadi cabaran terutama dalam kalangan jemaah haji.

Malah Pengurus bimbingan Mekah Shahrin Awaludin berkata, ia turut menjadi cabaran Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) untuk meminimumkan penggunaan media sosial dalam kalangan jemaah ketika melakukan ibadat.

Selain itu katanya, penggunaan media sosial secara meluas terutama menerusi Tik Tok turut dibimbangi bakal memberi kesan dalam aspek keberkesanan kursus yang dilaksanakan Tabung Haji sebelum ini.

“Meminimumkan gangguan media sosial terutama penggunaan Tik Tok dalam kalangan jemaah antara cabaran dihadapi pasukan bimbingan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

“Antara cabaran pasukan bimbingan ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan kursus dan juga untuk meminimumkan gangguan media sosial yang mengganggu tumpuan jemaah untuk beribadah,” katanya kepada pemberita semalam.

Tambah Shahrin, adalah tidak sah tawaf seseorang jemaah haji sekiranya berniat selain untuk melakukan salah satu rukun haji tersebut.

“Kita selalu beritahu dalam kursus bahawa haji ini adalah ibadah yang perlukan fokus, kalau berubah niat dalam tawaf pun tidak sah,” katanya.

Dalam pada itu, Shahrin berkata, sebanyak 8,115 soalan kemusykilan telah dijawab menerusi sistem E-taib (talian ibadat) yang diwujudkan dalam THhujjaj sejak tahun lalu sehingga hari ini.

“Jemaah boleh teks WhatsApp kepada pembimbing apa juga soalan berkaitan ibadah.Ini banyak membantu jemaah untuk tidak lagi beratur panjang ketika berjumpa dengan guru agama. Tahun lepas, kita telah lebih 8,000 soalan dalam E-Taib. Setakat hari ini, kita telah terima 115 soalan.

“Kita cuba selesaikan kesemua persoalan, antara soalan yang sering ditanya adalah tentang larangan ihram dan persoalan wanita. Semua soalan ini kita kumpulkan dan kita analisa untuk menambah baik penyampaian kita dalam kursus di tanah air,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI