fbpx

Faisal Halim mungkin korbankan kulit paha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL

SHAH ALAM – Fasa baharu rawatan kesan lecur mungkin memaksa pemain kebangsaan, Faisal Halim ‘korbankan’ kulit pahanya untuk dilekatkan ke kawasan luka di bahagian lengan dan rusuknya.

Pengambilan kulit di kawasan paha adalah prosedur yang sering menjadi pilihan namun belum ada sebarang ketetapan kerana pihak pakar bedah harus menilai kulit di kawasan mana lebih sesuai untuk diambil.

Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair, berkata kadar penyembuhan Faisal mengikut apa yang diharapkan dan kini pemain itu akan terus dipantau sebelum lakukan pembedahan keempat minggu depan.

“Alhamdulillah memang pihak pakar dan kelab sangat gembira dengan kadar penyembuhan. Seperti yang kami katakan, semua mengikut perancangan, cumanya ada masanya kita (akan) lihat perkembangan klinikal.

“Semua itu (kulit bahagian mana yang akan diambil) bergantung kepada pemeriksaan pakar bedah, banyak benda yang perlu diambil kira tentang kulit kawasan mana yang sesuai. Jadi semuanya bergantung kepada keputusan pakar.

“Daripada segi prosedur, selalunya kita ambil kulit di kawasan paha. Tetapi untuk hal teknikal ini, memang kita serahkan kepada pakar,” katanya.

Selepas menjalani pembedahan ketiga menggunakan kaedah ‘skin allograf’ yang dianggarkan bernilai RM30,000, Faisal makin menunjukkan perkembangan positif dan proses rawatan kini akan menjurus kepada aspek teknikal termasuk menampal kulit baharu di kawasan terjejas.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar sebelum ini menjelaskan Faisal dapat mengharungi proses pemulihan dengan lebih cepat dan dijangka akan dibenarkan pulang pada Raya Haji, bulan depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI