fbpx

Staf ‘gomen’ makan suap RM12,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang penjawat awam ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan kedudukan untuk membuat permohonan dan meluluskan pinjaman wang untuk tujuan pendahuluan bagi kerja-kerja membaik pulih Pusat Mengumpul Getah (PMG) sebanyak RM12,000.

Perintah reman selama tujuh hari itu dikeluarkan Majistret Fairuz Syuhada Amran bermula hari ini hingga 15 Mei depan selepas menerima permohonan dibuat oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Zainab Yahaya di Mahkamah Sivil di sini.

Lelaki berusia 44 tahun itu dipercayai menyalahguna kedudukan bagi tujuan tersebut melalui dana daripada Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Rancangan (JKKR) untuk kepentingan dirinya yang mana kesalahan dilakukan pada 2023.

Terdahulu menurut sumber, lelaki itu telah ditahan pada kira-kira pukul 7.10 malam semalam ketika hadir di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI