fbpx

Tak tahu apa itu Rafah, Ning Baizura dikecam hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ning dikecam orang ramai kerana tidak tahu apa itu Rafah.

PETALING JAYA – Gara-gara tidak mengetahui maksud Rafah, penyanyi Ning Baizura menerima kecaman hebat daripada netizen dalam media sosial hari ini.

Perkara tersebut mula tercetus apabila Ning, 48, yang membuat siaran langsung Instagram
membaca komen netizen yang menulis ‘All Eyes on Rafah’ (semua perhatian buat Rafah).

Namun, reaksi yang diberikan pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu ternyata mengejutkan kerana dia tidak memahami perkara tersebut sekali gus memberi bayangan dia tidak cakna dengan isu semasa khususnya peperangan di Palestin ketika ini.

“All Eyes on Rafah… who’s that? (Siapa itu),” jawabnya ringkas.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan netizen menyifatkan dia tidak sensitif dengan peperangan yang sedang melanda Palestin.

“Dia tak cakna dan hanyut dengan dunia hiburan.

“Dia tak tahu apa itu Rafah, masya-Allah. Perlu diboikot tak?

“Takkanlah tak tahu, sudah berbulan-bulan perang di Palestin berlaku,” komen netizen.

Meskipun dihujani kecaman, masih wujud segelintir netizen yang berpendapat Ning mungkin kurang peka dengan isu semasa kerana kesibukan bekerja.

Ning bagaimanapun dilihat susah mengehadkan ruangan komen hantaran Instagramnya selepas dihujani dengan kecaman netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI