fbpx

Lelaki cedera terkena benang di SUKE buat laporan polis esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kongsian MuasRosdi menunjukkan kecederaan pada dagu dan hujung jari akibat terkena benang yang melintang di lebuh raya SUKE.

PETALING JAYA – Lelaki yang cedera akibat terkena benang yang melintang di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bakal membuat laporan polis dalam masa terdekat.

Menurut MuasRosdi menerusi sebuah ciapan di aplikasi X, dia akan membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya, esok.

“Alhamdulillah terima kasih pada yang mendoakan. Esok saya akan berjumpa ketua balai polis Ampang untuk membuat laporan,” katanya.

Sebelum ini, MuasRosdi telah memuat naik sebuah hantaran yang mendakwa dia telah mengalami kecederaan pada kawasan dagu ketika melalui Lebuh Raya SUKE pada pukul 6.30 petang, Isnin.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas susur keluar Taman Kosas, Ampang, menghala ke tol Bukit Teratai.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) meminta penunggang motosikal terbabit agar tampil melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Prolintas dalam kenyataan berkata, mana-mana saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkenaan insiden berkenaan untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya atau Prolintas
secara terus. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI