fbpx

Anak Ahmad Zahid lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurulhidayah (kanan) kongsi rasa lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia selepas tujuh tahun.

PETALING JAYA – Anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Nurulhidayah berkongsi perasaan lega apabila pernikahannya bersama suami disahkan oleh kerajaan Malaysia.

Nurulhidayah dalam satu perkongsian di Instagram memaklumkan proses bagi mendapatkan pengesahan tersebut memakan masa selama tujuh tahun.

“Alhamdulillah selepas tujuh tahun. Segalanya menjadi proses dan pengajaran dalam sebuah perjalanan hidup.

“Jangan mengambil mudah perkara yang kita anggap mudah dan menjadi kebiasaan bagi mereka yang mengambil kesempatan atas kemudahan yang bakal memberi implikasi kemudian hari,” katanya di sini hari ini.

Melalui tinjauan di ruang komen, Nurulhidayah ketika menjawab persoalan mengenai perkahwinannya, beliau memaklumkan bahawa surat nikah tersebut dari kerajaan Arab Saudi yang perlu disahkan di Malaysia.

“Nikah sah di Mekah cuma tiada pengesahan dan sijil nikah di Malaysia.

“Pernikahan di luar negara perlu mendapat pengesahan di Malaysia baru boleh dapat surat dan sijil nikah dari kerajaan Malaysia,” katanya.

Untuk rekod, Nurulhidayah bernikah pada Jun 2017 bersama pilihan hatinya, Datuk Saiful Nizam Mohd. Yusoff di Masjid al-Haram, Mekah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI