fbpx

Konsep Hilf Al-Fudul perlu diketengah, perjuang isu kemanusiaan sejagat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im ketika menghadiri majlis pembukaan World Muslim Consultation Summit di Turkiye.

PUTRAJAYA – Model kerjasama merentas geografi dan warna kulit menerusi konsep Hilf Al-Fudul perlu diketengahkan sebagai asas bagi memperjuangkan isu-isu kemanusiaan sejagat.

Perkara itu dibangkitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar ketika menyampaikan ucapan khas pada majlis pembukaan World Muslim Consultation Summit di Turkiye yang berlangsung, semalam.

Katanya, konsep Hilf Al-Fudul didukung oleh Rasulullah SAW dan ia amat relevan pada hari ini terutama bagi pembelaan umat Gaza yang tertindas.

Jelasnya, tiga langkah boleh dilaksanakan bagi merealisasikan aspirasi Hilf Al-Fudul iaitu pembentukan Gabungan Global merentasi negara bagi pembelaan isu-isu kemanusian bersama.

“Kedua, Program Bantuan Kemanusiaan Sejagat dilaksanakan bagi membantu negara-negara yang sedang berdepan krisis kemanusian dan membentuk kerangka penyelesaian konflik inklusif bagi mewujudkan keamanan sejagat.

“Program advokasi dan promosi pendidikan juga perlu diperjuangkan bagi membina solidariti global bagi memupuk keamanan dunia,” katanya.

Jelas Mohd. Na’im, perkara itu adalah sebahagian usaha Malaysia khususnya Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam mempromosikan keamanan, perpaduan dan keharmonian di peringkat antarabangsa.

Persidangan sedunia itu dihadiri para ulama dan ilmuan antaranya Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, Sheikh Prof Dr. Ali Al-Qarahdaghi termasuk menteri-menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam pelbagai negara.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan turut menyampaikan ucapan kepada semua tetamu dan peserta dengan menyeru umat Islam untuk kembali berpegang pada tali Allah SWT dan pesanan agar tidak berpecah belah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI