MAJLIS persandingan pasangan sensasi Rizky Febian, Mahalini yang berlangsung di Hotel Raffles Jakarta pada Jumaat lalu dihadiri ramai artis dan orang ternama.
Dikendalikan pengacara popular, Raffi Ahmad dan Patricia, acara serba mewah tersebut turut dihadiri Presiden Indonesia, Jokowi bersama isterinya, Iriana Joko Widodo.
Kehadiran tetamu kenamaan itu mengundang kejutan buat semua jemputan lain yang turut teruja pemerintah negara sanggup meluangkan masa menyantuni pengantin.
Menerusi video yang viral dalam YouTube, Jokowi mengaku meminati suara dan lagu dendangan mempelai perempuan iaitu Mahalini.
Kedua-dua pengantin dan keluarga mereka juga turut mengambil kesempatan merakamkan gambar kenangan dengan tetamu kehormat.