fbpx

MFL sudah ramal isu libatkan VAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI melibatkan KDN FC dan Sri Pahang di Stadium Temerloh sebelum ini berlangsung tanpa bantuan VAR ekoran masalah teknikal. - FB KDN FC

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tidak panik dengan kegagalan Video Bantuan Pengadil (VAR) dan insiden itu sudah pun diramal akan berlaku pada tahun pertama penggunakan teknologi berkenaan.

Terdahulu, aksi Sri Pahang dan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) di Stadium Temerloh tidak dapat menggunakan VAR diikuti perlawanan Sabah dan Penang, kedua-duanya disebabkan isu teknikal.

Presiden MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan, berkata pihaknya sudah mencuba sedaya upaya untuk memastikan VAR dapat dijalankan lebih lancar, namun tidak dapat mengelak sekiranya berlaku sebarang masalah teknikal.

“Perkara ini tidak berlaku pada pramusim (perlawanan ujian) sebaliknya ia terjadi ketika perlawanan liga. Sebelum ini Datuk Stuart Ramalingam (Ketua Pegawai Eksekutif MFL) sudah maklumkan yang ada kemungkinan perkara ini akan berlaku.

“Biasalah rungutan dan komen (daripada peminat). Mungkin mereka tidak faham dari segi teknologi dan apa yang harus ditangani oleh petugas VAR,” katanya.

Bagaimanapun Ab. Ghani menjelaskan pihaknya tidak akan berselindung dan bertegas MFL akan memaklumkan kepada peminat sekiranya ada perlawanan yang tidak dapat menggunakan VAR.

“Apa yang penting MFL cuba atasi masalah ini. Jika ada masalah dan VAR tidak dapat digunakan kita akan maklumkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI