GEORGE TOWN – Kerajaan negeri telah mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) memantau pokok-pokok yang berada di sekitar negeri ini.
Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, H’ng Mooi Lye berkata, pihaknya juga telah mengeluarkan memo kepada kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu supaya menjalankan pemeriksaan dengan lebih kerap bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
“Kita telah arahkan MBPP dan MBSP menjalankan pemantauan dan pemeriksaan pokok-pokok yang berada di negeri ini, jumlahnya mencecah jutaan pokok memandangkan kita ada program penanaman pokok baharu di negeri ini.
“MBSP dan MBPP perlu menghantar laporan mengenai keadaan pokok-pokok kepada saya setiap minggu bagi memastikan kesemua pokok adalah selamat dan tidak merbahaya kepada orang ramai,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE