fbpx

Rumah tangga 19 tahun Datuk Red terlerai, fokus bayar hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Red (kanan) dan Sharifah Norshafila.

PETALING JAYA – Usahawan Datuk Seri Adnan Abu, 46, atau Datuk Red sah bercerai talak satu dengan isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim, hari ini.

Datuk Red melafazkan talak berkenaan pada pukul 10.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor, di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.

Katanya, perkahwinan bersama isteri pertama yang menginjak usia 19 tahun gagal dipertahankan selepas mereka berdua memilih untuk berpisah secara baik.

“Saya dan bekas isteri sudah berbincang dan sepakat mahu bercerai secara baik. Kami juga akan bersama-sama membesarkan anak-anak. Kalau saya teruskan (enggan bercerai) nanti lagi panjang.

“Atas nasihat peguam, kami mencapai persetujuan perceraian, insya-Allah anak-anak faham sebab mereka pun sudah besar,” katanya.

Jelasnya, selepas bergelar duda kali kedua ini, dia akan memberi fokus sepenuhnya dalam melunaskan bebanan hutang serta nafkah anak-anak.

Difahamkan, Datin Red juga tidak menuntut sebarang nafkah kerana memahami masalah kewangan dialami Datuk Red.

Sehubungan itu, Datin Red memberitahu bahawa dia akan berusaha sendiri dalam menyara lima cahaya mata mereka.

Terdahulu, Datin Red memfailkan perceraian terhadap Datuk Red pada penghujung Januari lalu.

Ketika prosiding kes cerai mereka pada 18 Mac lalu, Datuk Red enggan menceraikan Datin Red kerana masih mahu menyelamatkan rumah tangga.

Pada 24 April lalu, Datuk Red telah menceraikan isteri keduanya, Adira Suhaimi, 32, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI