fbpx

Glasner tolak tawaran latih Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GLASNER (kanan) menjadi jurulatih keempat yang menolak untuk menjadi pengendali Bayern musim depan. - AFP

MUNICH – Misi Bayern Munich dalam memburu jurulatih baharu berterusan selepas calon terbaharu, Oliver Glasner tidak akan meninggalkan Crystal Palace sebaik sahaja saingan musim ini berakhir.

Ia gara-gara Palace mendesak Bayern untuk membayar pampasan bernilai €100 juta (RM510.55 juta) jika mahu mendapatkan khidmat pengurusnya itu, sedangkan Bayern hanya bersedia membayar €18 juta (RM91.89 juta).

Justeru, ia menjadikan Glasner sebagai calon keempat yang menolak tawaran The Bavarians selepas Xabi Alonso, Ralf Rangnick dan Julian Nagelsmann membuat keputusan sama kekal bersama pasukan masing-masing.

Situasi itu menyebabkan Bayern berada dalam dilema dan dijangka mengekalkan pengendali sedia ada, Thomas Tuchel yang sepatutnya meninggalkan Allianz Arena penghujung musim ini.

Ia tidak mustahil memandangkan sebahagian besar pemain senior Bayern sudah memulakan kempen mendesak pengurusan tertinggi untuk mengekalkan Tuchel yang membimbing mereka ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Antara pemain senior yang dikatakan bersetuju supaya khidmat Tuchel dikekalkan adalah penjaga gol, Manuel Neuer serta pemain veteran, Thomas Muller dan ia turut dipersetujui oleh pemain-pemain lain seperti Leroy Sane, Harry Kane dan Jamal Musiala.

Dalam perkembangan sama, Tuchel yang memenangi Liga Juara-Juara Eropah bersama Chelsea pada 2021 tidak menolak kemungkinan untuk kekal sekiranya tawaran dilakukan sesuai dengan kemahuannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI