fbpx

Anak-beranak warga Malaysia berkhidmat di Masjid Nabawi, Raudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuriani (tengah) berkhidmat dengan pengurusan Masjid Nabawi sejak kira-kira setahun lalu.

MEKAH – Berpenampilan dan berpakaian sama sebagaimana wanita Arab Saudi, tiada siapa menyangka individu ini adalah rakyat Malaysia yang bertugas di Masjid Nabawi.

Bagi Zuraini Mukri, 46, berkhidmat di masjid tersebut cukup bermakna bagi dirinya, kerana berada dekat dengan Rasulullah SAW dan dapat meluangkan masa lebih tujuh jam dalam Raudah serta Masjid Nabawi.

Malah kata Zuraini, hanya dia dan anaknya (rakyat Malaysia) yang berkhidmat dengan pengurusan Masjid Nabawi sejak kira-kira setahun lalu.

Bagi anak jati Selayang ini, sebagai kakitangan di masjid yang cukup terkenal dan barakah itu, tugasnya lebih kepada kerja-kerja penterjemahan untuk pengunjung dan juga sebagai penunjuk arah.

Selain itu, dia turut berperanan sebagai sebahagian kakitangan yang menjaga Raudah dan memastikan semua pengunjung wanita mematuhi arahan yang ditetapkan oleh pengurusan.

“Setiap hari, kerja saya akan melibatkan beberapa tugasan sama ada di kaunter penerangan, di dalam kawasan Raudah atau kawasan lain sekitar Masjid Nabawi.

“Tanggungjawab saya lebih melibatkan kerja penterjemah untuk jemaah dari Indonesia, Malaysia, Brunei dan Thailand. Saya akan memastikan pengunjung mendapat maklumat lengkap dan mematuhi arahan sewajarnya apabila memasuki Raudah dan Masjid Nabawi,” katanya.

Dia kini menetap di Madinah bersama suaminya, Dr. Noordin Othman serta lapan orang anak sejak lebih 10 tahun lalu.
Tugasan di Masjid Nabawi dilakukan olehnya lima hari seminggu.

Menurut Zuraini lagi berkata, banyak pengalaman berjaya ditimba sepanjang setahun berkhidmat di Masjid Nabawi.

“Saya selalu ingatkan diri saya, ada pelbagai karakter manusia yang datang ke sini. Jadi saya perlu melayan mereka seperti biasa dan sama adil.

“Selain itu, pengunjung yang datang ke sini juga ada pelbagai ragam. Ada yang terus rakam video, berswafoto dan muat naik dalam media sosial terlebih dahulu apabila diberi peluang untuk memasuki Raudah, walhal masa yang diberikan untuk beribadat dalam Raudah sangat suntuk,” jelasnya.

Dalam pada itu, anaknya Nur Afrina Noordin, 20, bekerja di Masjid Nabawi dan Raudah banyak mengajarnya tentang ilmu kehidupan.

“Alhamdulillah, saya diberi peluang melihat dan mempelajari banyak ilmu tentang pelbagai ragam manusia yang datang ke sini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI