fbpx

Cik bagi greenlight Vida kahwin lagi, tapi jangan buta cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cik B akhirnya memberi greenlight kepada ibunya Vida untuk berkahwin namun dengan syarat tertentu.

PETALING JAYA – Memahami kesunyian ibu tersayang tanpa peneman hidup, anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, Cik B kini berlapang dada membenarkan ibunya mencari calon suami.

Ujar Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, dia semakin memahami situasi wanita tanpa lelaki di sisi namun berharap insan dihormati itu berhati-hati memilih pendamping.

“Mama nak ke suami baharu? Kalau mama nak, ikut mama lah. Saya tak kisah, sebab saya pun faham perasaan sendu (sunyi).

“Memang dahulu saya tak bagi (kahwin) sebab masa kecil saya tak faham lagi.

“Tapi mama jangan buta kerana cinta, mama carilah orang yang bagus,” katanya menerusi siaran langsung dalam Tiktok menjawab pertanyaan ibunya mengenai soal jodoh.

Semakan Kosmo! Online menerusi ruangan komen mendapati, rata-rata netizen memuji anak wanita berusia 52 tahun itu yang semakin dewasa dan mahu ibunya bahagia menyulam cinta.

“Bagus Cik B, sangat matang, ibaratnya dia sudah faham ibunya dari perspektif seorang wanita,” komen netizen itu.

“Cik B terlalu sayang mama dia. Sebab tu dia nak hanya yang betul-betul ikhlas sayang mama dia. Bukan sebab harta. Dia tidak mahu ibunya terus disakiti dek cinta,” tulis seorang pengguna TikTok itu.

“Terharu pula tengok Cik B cakap macam itu, dia faham DSV sunyi dan perlukan teman sekatil,” demikian komen netizen itu.

Sebelum ini Vida pernah mendirikan rumah tangga beberapa kali namun tidak berpanjangan.

Sekitar tahun 2021, bertebaran spekulasi mendakwa Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman bakal berkahwin dengan bekas pengurusnya, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Bagaimanapun, khabar tersebut lebur begitu sahaja apabila tiada jodoh antara mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI