fbpx

Maafkan ummi, insya-Allah kita jumpa satu hari nanti – Sajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAJAT meluahkan rasa rindu setelah empat tahun tidak berjumpa dengan anak-anaknya.

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali Nur Sajat menitipkan ucapan istimewa buat anak lelakinya yang menyambut ulang tahun kelahiran, hari ini.

Menerusi hantaran di InstaStory Sajat hari ini, dia berkongsi tangkap layar memaparkan momen ketika membuat panggilan video bersama kedua-dua anak angkatnya itu dan meluahkan rasa rindu apabila sudah empat tahun mereka tidak berjumpa.

“Empat tahun kita tak sambut bersama hari jadi anak anak ummi, maafkan ummi sayang. Insya-Allah kita akan jumpa satu hari nanti.

“Jadi anak yang baik, boleh dibanggakan. Sayang ummi pada mu tak pernah pudar. Ummi kat sini kerja untuk anak-anak terus belajar cemerlang dan berjaya dalam hidup.

“Selamat hari jadi sayang. I love you forever (aku sayang pada mu selamanya),” luah Sajat.

Sementara itu, Sajat turut meluahkan rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan keluarga dan anak-anaknya disebabkan campur tangan ‘pihak ketiga’.

“Sedih sangat pasal netizen, aku dan anak-anak berpisah. Kejam betul kau orang. Soal dosa itu antara aku dan tuhan tapi soal perpisahan kau orang tergamak buat orang tersayang berpisah.

“Aku tak akan maafkan kau orang, fitnah sampai aku berpisah dengan anak-anak,” katanya.

Sebelum ini, Sajat telah meninggalkan Malaysia sejak tahun 2022 dan memilih untuk terus menetap di Australia serta membina kerjaya di sana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI