fbpx

Jangan kongsi baki akaun KWSP di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERINGATAN (kiri) yang dikeluarkan KWSP kepada pencarum yang gemar mendedahkan baki simpanan mereka di media sosial.

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan para pencarum untuk tidak mendedahkan atau berkongsi tangkap layar baki akaun simpanan mereka di platform media sosial.

KWSP menerusi hantaran di Instagramnya baru-baru ini berkata, tindakan tersebut hanya akan mengundang padah selain pencarum terdedah kepada ancaman ‘scammer’

“Hati-hati. Jangan kongsi baki akaun KWSP anda kepada umum, scammer sedang memerhati. Jangan jadi mangsa scammer,” pesan KWSP.

Semalam, Kosmo! melaporkan segelintir pencarum dilihat berkongsi simpanan caruman KWSP mereka susulan penstrukturan semula akaun yang diumumkan, baru-baru ini.

Tinjauan di beberapa platform media sosial mendapati, ramai pengguna tidak segan berkongsi caruman mereka kepada umum terutamanya pencarum yang mempunyai jumlah simpanan tinggi.

Di aplikasi X, seorang pengguna menarik tumpuan netizen apabila berkongsi jumlah caruman KWSP mencecah RM500,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI