fbpx

Tiga beranak hilang dari rumah perlindungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aishah bersama dua anaknya dilaporkan hilang selepas keluar daripada kediamannya di Rumah Perlindungan Pertolongan Wanita, Seksyen 20, Petaling Jaya, Sabtu lalu.

PETALING JAYA – Seorang wanita bersama dua orang anaknya dilaporkan hilang selepas keluar daripada Rumah Perlindungan Pertolongan Wanita di Seksyen 20, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Nur Aishah Abd Samad, 25, sekitar pukul 5.47 petang.

“Aishah dilaporkan keluar dari kediaman tersebut bersama anak perempuan (Putri Risha Annur Amsiah Abdul Razzaq, 5) dan anak lelakinya (Putra Raish Irfan Shah Abdul Razzaq, 3).

“Antara butiran fizikal Orang Hilang (Aishah) adalah berketinggian 169 centimeter, berat 50 kilogram, warna kulit hitam manis, bertudung, rambut lurus panjang, mempunyai mata sepet serta bibir yang nipis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran.

“Selain itu, boleh juga maklumkan kepada pegawai penyiasat Inspektor Mohd Safuan Alias di talian 011-10255725 atau 03-78742222 bagi membantu siasatan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI