fbpx

Tabung Haji guna ‘Content Delivery Network’ untuk kemudahan petugas, jemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASHRAF bersama kakitangan Teknologi dan Maklumat Tabung Haji di Mekah semalam.

MEKAH – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) buat pertama kali akan menggunakan sistem pengkomputeran Content Delivery Network untuk akses lebih pantas.

Pengarah Teknologi dan Maklumat Haji, Lembaga Tabung Haji, Ashraf Ahmad berkata, sistem ber­kenaan akan berfungsi dengan diaplikasikan ke dalam semua sistem milik Tabung Haji bagi memastikan capaian yang lebih pantas.

Katanya, ia dibangunkan untuk semua jemaah dan petugas Musim Haji 1445H/2024M selepas melihat kepentingan era digita­lisasi dan perkembangan telefon pintar.

“Jika dibandingkan dengan dahulu, kita capai pangkalan data yang berada di Malaysia. Ia mengambil masa untuk kembali ke Saudi iaitu lebih 300 milisaat (ms) berbanding menggunakan sekarang hanya sekitar 20ms,” katanya.

“Terdapat enam aplikasi yang digunakan oleh petugas dan jemaah merangkumi i-Sihat, THiJari, Haj Mobiliti, Stock & Inventory dan sistem Induk.” katanya kepada petugas media di sini hari ini.

Tambah Ashraf, dengan ada­nya sistem yang lebih pantas, beberapa penambahbaikan dapat dilakukan antaranya adalah mengenai penempatan bakal-bakal haji di Masyair.

“Kita mampu memperoleh data ahli keluarga dengan pantas untuk menempatkan ahli keluarga agar dapat tinggal bersama jemaah yang berkeperluan khas.

“Penginapan di maktab-maktab pun kita boleh susun mengikut keluarga agar mereka sentiasa berdekatan demi kemudahan jemaah haji,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI