fbpx

Hakim Danish semakin selesa buru podium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAKIM DANISH berjaya meraih podium tempat ketiga pada perlumbaan di Le Mans pada Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024 kelmarin. - FB ZK RACING

PELUMBA berbakat negara, Hakim Danish Ramli dilihat semakin matang untuk mengharungi cabaran Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024 selepas menaiki podium untuk kali kedua musim ini.

Pelumba berusia 17 tahun itu menampilkan aksi cukup agresif pada perlumbaan di Litar Le Mans, Perancis kelmarin selepas menduduki tempat ketiga sekali gus berjaya meletakkan bendera Malaysia sekali lagi di pentas podium.

Juara Asia 2022 itu yang memulakan perlumbaan di petak keempat menunjukkan dia antara pencabar yang perlu diberikan perhatian selepas sentiasa berada di kelompok depan dan beberapa kali memimpin perlumbaan.

Bagaimanapun, dia terpaksa akur selepas dipintas pada penghujung perlumbaan dan aksi itu dimenangi pelumba Sepanyol, Brian Uriarte.

Bagi Hakim Danish, dia tidak berputus asa dan tekad untuk bangkit menjelang perlumbaan di Mugello, Itali bulan depan.

“Pada perlumbaan (Perlumbaan 2), saya dapat memulakan saingan dengan baik dan kekal bersama kelompok hadapan serta mendahului beberapa pusingan.

“Di pusingan terakhir, saya cuba mencari kemenangan, tetapi dipintas oleh dua pelumba yang bersaing di tempat keempat. Saya hanya sempat memintas seorang pelumba sahaja dan berjaya tempatkan diri di podium.

“Untuk pusingan seterusnya yang akan datang di Mugello, saya akan buat lebih baik dari hari ini,” kata Hakim Danish yang turut menamatkan podium tempat kedua di Jerez.

Selepas dua penamat di podium itu, Hakim Danish terus kekal berada di kedudukan kelima keseluruhan dengan mengumpul 53 mata, ketinggalan 21 mata di belakang pendahulu dari Sepanyol, Maximo Quiles.

Carpe pula berada di tangga kedua dengan 65 mata manakala Brian Uriarte di tempat ketiga, 62 mata dan Valentin Perrone keempat, 55 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI