fbpx

Pemuda lemas ketika cari cacing ditemui masih pakai gogal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Muhammad Luqman ditemui lemas di Air Terjun Lata Bayu di Baling, hari ini.

BALING – Seorang pemuda yang dilaporkan hilang selepas berkelah bersama tiga rakannya di Air Terjun Lata Bayu, di sini semalam ditemukan mati lemas hari ini.

Mayat mangsa, Muhammad Luqman Zuraidi, 27, ditemui di dasar sungai kira-kira pukul 11.05 pagi tadi oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah. Mangsa difahamkan lemas ketika menyelam kerana ditemui dalam keadaan masih memakai gogal.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, mangsa dan tiga rakan pergi berkelah di kawasan air terjun itu pada pukul 11 pagi semalam sebelum hilang.

“Kali terakhir rakan melihat mangsa adalah ketika dia memberitahu mahu pergi mencari cacing untuk memancing.

“Mayat mangsa kemudian berjaya ditemui pada pukul 11.05 pagi tadi yang mana mangsa dipercayai lemas ketika menyelam kerana masih memakai gogal. Mayat mangsa berjaya diusung turun dari lata pada pukul 1.20 petang tadi sebelum dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI