fbpx

31 waris tapak kubur Selat Klang belum dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tapak lot kubur yang bakal dipindahkan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Klang -Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

KLANG – Sebanyak 31 daripada 90 tapak Tanah Perkuburan Islam Selat Klang di sini, yang akan dipindahkan bagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) belum dikenal pasti waris dan ahli keluarganya.

Salah seorang waris, Hazlina Hasbullah, 48, berkata, perkara itu dimaklumkan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) ketika sesi pertemuan antara pihak terlibat dan ahli keluarga sebelum ini.

Jelas beliau, masih terdapat waris masih gagal dihubungi dan tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

“Kami berharap ia ditangguhkan buat sementara waktu sehingga semua waris dan keluarga dapat dikesan.

“Soalan dan pertanyaan dikemukakan waris juga gagal dijawab pihak berwajib ketika sesi pertemuan itu sebelum ini,” katanya kepada pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI