fbpx

Latihan payung terjun tingkat kemahiran penyusupan 69 Komando

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA 69 Komando terjun dari ketinggian 10,000 kaki ketika mengikuti Latihan Pengukuhan Payung Terjun Pasukan Gerakan Khas PDRM di Langkawi, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

LANGKAWI – Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Skuadron A Pasukan Gerakan Khas 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kemampuan dan teknik dalam menghadapi ancaman.

Timbalan Komander 69 Komando, Asisten Komisioner Rosman Kasman berkata, latihan khas tersebut juga bagi meningkatkan kemahiran pertempuran melalui hantaran udara atau payung terjun dan pertempuran laut dengan menggunakan aset sedia ada.

“Kita sudah memiliki kemahiran sedia ada tetapi latihan ini bagi mempelbagaikan lagi keupayaan 69 Komando untuk menyusup masuk ke kawasan-kawasan operasi.

“Melalui latihan ini juga kita melaksanakan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mana kita kenal pasti mungkin sesetengah peralatan yang digunakan memerlukan penambahbaikan dan penyesuaian mengikut keadaan semasa,” katanya di sini, hari ini.

Latihan melibatkan lebih 50 pegawai dan anggota 69 Komando itu dilakukan sejak semalam sehingga Rabu ini di kawasan perairan Pekan Kuah hingga ke Tanjung Lembung, di sini.

Pesawat Cessna Caravan 208 milik Pasukan Gerakan Udara PDRM digunakan untuk membawa pasukan penyusupan ke lokasi sasaran sebelum pasukan serangan utama mengambil alih.

Menurutnya, latihan itu juga sebagai persiapan dan persediaan sekiranya 69 Komando digerakkan pada bila-bila masa bagi melaksanakan tugas-tugas khas yang memerlukan kemahiran tahap tertinggi.

Katanya, pihaknya mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi untuk menjayakan latihan itu terutama Akademi Kastam Langkawi (AKMAL) yang dijadikan sebagai Pusat Kawalan Latihan.

“Banyak lagi latihan-latihan yang dapat meningkatkan kecekapan dan kemahiran pegawai serta anggota 69 Komando akan diadakan di samping latihan harian sedia ada,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI