fbpx

[VIDEO] Pemandu Tesla himpit ‘rider’ pukul cermin sisi dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka memaparkan seorang penunggang motosikal terjatuh selepas dihimpit pemandu kereta.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu kereta menghimpit seorang penunggang motosikal hingga terjatuh mendapat kecaman orang ramai.

Melalui sebuah video yang dikongsi di Instagram mendapati kejadian berlaku semasa kenderaan tersebut dilihat menukar lorong di sebuah jalan raya.

Penunggang motosikal tersebut yang datang dari arah belakang kenderaan itu kemudian dilihat memukul cermin sisi kereta berkenaan sebelum pemandunya bertindak menghimpit penunggang motosikal hingga terjatuh.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan di mana kejadian itu berlaku.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan pemandu serta penunggang motosikal terbabit yang disifatkan tidak bertolak-ansur ketika berada di jalan raya.

“Untuk penunggang motosikal selepas ini, fikir-fikirkanlah dahulu sebelum pukul cermin sisi orang. Tak berbaloi,” kata Shafiqq.

“Motosikal boleh saja teruskan bawa tetapi dia pilih untuk perlahan dan bantai cermin sisi kereta,” kata Cipuk.

“Motosikal mencelah dari belakang laju betul. Tesla masuk lorong sebab nampak kereta saja di cermin sisi. Tiba-tiba muncul motosikal menyelit,” kata Haqim.

“Dua-dua langsung tak ada sikap tolak ansur. Motosikal pun mencelah laju betul, sebenarnya sempat je ‘brake’ tapi pilih nak tunjuk samseng,” kata Hajar.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 60,000 kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI