fbpx

Kalau api dinyalakan, saya jadi kambing golek – Alyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALYAH berlapang dada dengan kesilapan teknikal yang berlaku dalam persembahan konsert minggu pertamanya menerusi program The Hardest Singing Show malam tadi.

SHAH ALAM – “Kecewa juga api tidak dapat dinyalakan tetapi kalau paksa juga saya akan jadi kambing golek.”

Demikian respons penyanyi Datin Alyah selepas perancangan untuk menyalakan api di atas pentas The Hardest Singing Show tidak dapat diteruskan pada saat akhir atas atas risiko keselamatan.

Berkongsi lanjut, Alyah atau Noor Hasliah Abu Hasan, 43, memaklumkan seorang petugas terpijak minyak sehingga menjejaskan persembahannya ketika membawakan lagu medley Kisah Hati, Tak Mungkin Kerana Sayang dan Sesal Separuh Nyawa, malam tadi.

“Semasa semua naik ke pentas beramai-ramai, ada seorang daripada kami terpijak minyak dan kalau hidupkan api ada potensi untuk pentas terbakar dan tersambar orang lain, terutama saya yang berada di tengah-tengah.

“Memang akan jadi teruk. Jadi, demi keselamatan lebih baik tidak meneruskan perancangan menyalakan api walaupun saya tertunggu-tunggu detik tersebut.

“Sebenarnya saya memang tunggu api dinyalakan sebab ada kain di tangan saya kerana mereka pesan jangan luas sangat bukaan tangan. Apabila tiada api saya teruskan seperti biasa sahajalah,” katanya kepada Kosmo! Online malam tadi.

Bagaimanapun, isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS itu berlapang dada berdepan insiden tidak disangka selain reda selepas memikirkan kesan perlu ditanggung sekiranya berlaku sesuatu diluatr kawalan.

“Untuk pengalaman, saya rasa tidak menjadilah tetapi memikirkan impak kalau api diteruskan mungkin perkara buruk terjadi.

“Mereka ada beritahu saya selepas persembahan kalau teruskan api kemungkinan besar saya dan pentas akan terbakar. Jadi, saya faham,” ujarnya.

Selepas berusaha sehabis baik, Alyah berjaya menduduki tempat keenam dengan markah 64.08 peratus pada minggu pertama The Hardest Singing Show.

Selain Alyah, peserta lain yang turut bertanding termasuklah Ayda Jebat, Aisha Retno, Aepul Roza, Zizi Kirana, De Fam, Stacy, Putera Muhamad dan Kaka Azraff. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI