fbpx

Penggunaan sistem kod QR di pintu masuk negara sedang diuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruslin pada sidang akhbar berhubung sindiket pemalsuan dokumen di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini sedang melaksanakan ujian penggunaan sistem kod QR untuk melancarkan proses pergerakan di pintu masuk dan keluar negara.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh berkata, perincian berhubung pelaksanaan itu akan diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam masa terdekat.

“Ini antara komitmen Imigresen dan KDN untuk menangani kesesakan di pintu masuk utama negara.

“Inisiatif ini berterusan dari peringkat KDN dan pelaksananya adalah Imigresen, bukan sahaja di Johor Bahru (Johor), malah di pintu masuk lain termasuk udara.

“Cara yang kita teroka adalah pelaksanaan kod QR, memang kita tengah teroka, buat kajian dan sekarang ini kita tengah buat ujian, manakala pengumuman mengenai perkara ini akan dibuat oleh KDN kerana perkara ini masih belum dilaksanakan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, menjadi keutamaan pihaknya mencari satu jalan penyelesaian bagi mempermudah serta mempercepat pergerakan di pintu masuk negara dengan aspek keselamatan menjadi keutamaan JIM.

“Aspek keselamatan ini termasuk daftar keluar masuk kita kena pegang, rekod kita kena ada, mereka yang ada senarai disyaki, senarai hitam dan sebagainya, kita ada rekod (semua itu),” katanya.

Terdahulu media melaporkan, kesesakan di pintu masuk negara di Johor terutama pada waktu puncak akan ditangani dengan pelaksanaan Sistem Pelepasan Imigresen menerusi penggunaan sistem kod QR bermula tahun ini.

Sistem yang akan beroperasi secara berfasa itu mampu mengurangkan kesesakan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru serta Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Gelang Patah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI