fbpx

Dua maut elak tayar lori tercabut atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA lelaki maut apabila motosikal dinaiki terbabas lalu terjunam ke dalam longkang ekoran cuba mengelak tayar lori tertanggal dalam kejadian di Kilometer 7, Jalan Penampang-Kota Kinabalu, awal pagi tadi. - Foto IHSAN POLIS

PENAMPANG – Akibat cuba mengelak tayar lori tertanggal, dua lelaki maut apabila motosikal dinaiki terbabas lalu terjunam ke dalam longkang dalam kejadian di Kilometer 7, Jalan Penampang-Kota Kinabalu, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, semua mangsa berusia 27 dan 17 tahun terbabit disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Erwansyah Abdul Basir berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan yang bergerak dari arah Penampang menuju ke Kota Kinabalu.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk proses besah siasat bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI