fbpx

Angelina Jollie mahu pisahkan anak dengan Brad Pitt

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS lama bercerai, kini Jollie seperti mahu memutuskan hubungan anak-anak dengan Brad Pitt.

AKTRES Angelina Jolie didakwa menghasut anak-anaknya agar tidak menghabiskan masa dengan bapa mereka, Brad Pitt.

Perkara tersebut didedahkan bekas pengawal keselamatan mereka, Tony Webb dengan mengatakan Jolie cuba memisahkan anak-anak dengan Pitt.

Susulan itu, peguam Pitt memfailkan dokumen bantahan di mahkamah mendakwa Jolie cuba memecahbelahkan hubungan kekeluargaan mereka.

Dokumen tersebut turut mendakwa Jolie cuba mengancam pengawal keselamatan agar menutup mulut.

“Saya sudah berkhidmat dengan Jolie sejak dua dekad lalu. Sejak mereka berpisah empat tahun lalu, Jolie kekal dengan pendiriannya untuk menjarakkan hubungan Pitt dengan anak-anak.

“Jolie ada minta saya menandatangani perjanjian agar tidak memberi sebarang keterangan di mahkamah melibatkan hak asuhan anak mereka,” kata Webb.

Selain perbalahan soal hak asuhan penjagaan anak, Pitt juga meminta wakil peguamnya memastikan mereka mendapat sebahagian daripada harta sepencarian, terutama jualan hartanah sebuah ladang anggur di Perancis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI