fbpx

Bapa bangga Mutang pergi ketika berkhidmat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tagal menatap wajah anaknya buat kali terakhir ketika upacara penghormatan terakhir di Gereja BEM Airport Road, Miri hari ini.

MIRI – Meskipun sudah kehilangan dua anak, namun bapa mendiang Mutang Tagal tetap berbangga kerana pemergian mereka adalah ketika berkhidmat untuk Sarawak dan Malaysia.

Tagal Paran yang lebih dikenali sebagai Pak Tagal, 91, berkata menerima pemergian Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal dengan hati yang terbuka.

Menurutnya, sebelum itu dia kehilangan seorang anak, Judson Sakai Tagal yang terkorban dalam nahas helikopter di Bario pada 2004.

Mutang merupakan abang kepada Judson, yang juga merupakan bekas Menteri Muda Sarawak.

“Anak-anak saya tujuh dan dua anak lelaki saya sudah dipanggil Tuhan, iaitu seorang dalam tragedi helikopter terhempas suatu ketika dahulu dan seorang lagi sekarang.

“Ini adalah kehendak Tuhan dan siapalah kita untuk menidakkannya namun saya berbangga dan bersyukur kerana sepanjang hayat dua anak saya itu, mereka telah banyak menabur bakti kepada masyarakat di Sarawak dan juga di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di gereja Sidang Injil Borneo (BEM) Airport Road di sini, iaitu tempat untuk mendiang Mutang diberi penghormatan terakhir oleh rakyat jelata sehingga pukul 10.30 malam nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI