fbpx

KZD inovasi baharu untuk tingkatkan kutipan zakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Shukri (kanan) bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman pada majlis pelancaran KZD di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) memperkenalkan Kaunter Zakat Digital (KZD) sebagai satu inovasi dan usaha terbaharu untuk meningkatkan kutipan zakat di Wilayah Persekutuan.

Berbeza dengan pembayaran melalui portal yang hanya mempunyai komunikasi sehala, KZD bersifat lebih interaktif yang mana pegawai kaunter PPZ-MAIWP akan berhubung terus dengan pembayar dan membantu menyelesaikan urusan berkaitan zakat, taksiran atau proses bayaran.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shukri Yusoff berkata, pembayar boleh membuat pilihan untuk berurusan melalui 10 kaun­ter PPZ-MAIWP yang ditetapkan dan akan dihubungi semula dalam tempoh 24 jam.

Melalui perkhidmatan ini, pembayar akan diselia oleh pegawai zakat PPZ-MAIWP sehingga selesai proses bayaran zakat.

“KZD diwujudkan bagi memudahkan pembayar dan pegawai kaunter PPZ-MAIWP untuk berinteraksi secara dua hala dalam platform digital,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Selain itu, Ahmad Shukri menerangkan, dalam pasca penularan wabak tersebut, segala urusan perlu dilaksanakan de­ngan asas pendigitalan sebagai langkah adaptasi kepada norma baharu pada masa depan.

“Pembayar zakat kini boleh mendapatkan perkhidmatan pembayaran zakat dari rumah pada bila-bila masa.

“Ini sekali gus membolehkan perkhidmatan pembayaran zakat menjadi lebih efektif, pantas dan efisien.

“PPZ-MAIWP perlu sentiasa berinovatif untuk berhadapan dengan kehidupan norma baharu yang jauh lebih mencabar.

“Semoga dengan adanya saluran bayaran yang pelbagai kini, ia tidak lagi menjadi alasan masyarakat Islam untuk tidak berzakat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI